Ahad, 2 Jun 2013

HARI KELUARGA AKAN DIJADIKAN ACARA TAHUNAN-ADUN BATU RAKIT

Adun Batu Rakit dan Ahli Parlimen Setiu memotong riben sebagai gimik perasmian Hari Keluarga Komuniti Kampung Padang Kemunting.

PENGKALAN ATAP- 1/6/2013 Program Hari Keluarga Komuniti Kampung Padang Kemunting yang dulu dinamakan Pesta Pantai akan dijadikan acara tahunan jika ianya diselia dan dirangka dengan baik. Demikian ucapan Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman ketika berucap  pada perasmian Program Hari Keluarga Komuniti Padang Kemunting di Pantai Rest House Pengkalan Atap Batu Rakit. 
Majlis yang diresmikan oleh Ahli Parlimen Setiu Che Mohd Zulkifli Jusoh akan diadakan selama 5 hari bermula pada 1hb Jun dan berakhir pada 6hb Jun.

Perarakan bunga mangga dan paluan gendang mengiringi YB Parlimen dan Adun ke pentas perasmian.

Persembahan seni silat dilakukan sebagai pembuka acara perasmian.

Beliau turut melahirkan harapan agar dengan adanya program seumpama ini,ianya akan dapat menyatu padukan seluruh para penduduk didalam Dun Batu Rakit. Beliau juga memaklumkan akan sentiasa membantu setiap program seumpama ini bagi menaikan nama Batu Rakit didalam kelendar pelancongan negeri.Harapan beliau juga agar para peserta yang menyertai program ini akan sentiasa menjaga setiap perkara agar tidak berlaku perkara-perkara yang dapat mengaibkan serta dipandang serong oleh masyarakat luar. 

Doa diaminkan bagi memberkati majlis perasmian.

Program yang dulu lebih dikenali sebagai pesta pantai ini turut menyediakan pelbagai acara seperti wayang kulit,dikir barat,karaoke,pertandingan memancing dan juga sukaneka.Sebanyak 60 buah bangsal telah didirikan disepanjang pantai berkenaan bagi memeriahkan suasana hari keluarga.
Menurut Pengerusi Hari Keluarga Encik Kamal,ianya adalah tradisi masyarakat Kampung Padang Kemunting yang akan berehat selepas musim menuai habis.'Dulu penduduk Kampung Padang Kemunting terdiri daripada mereka yang bertani,jadi selepas musim menuai habis,mereka akan buat bangsal disebelah persisiran pantai untuk berehat" kata Encik Kamal.

Ahli Parlimen Setiu beramah mesra dengan peserta program.

 
Adun Batu Rakit menyampaikan besen untuk digunakan oleh para peserta program.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh Ahli Parlimen Setiu,beliau berharap agar aktiviti semua ini dapat diteruskan dari masa ke semasa agar ianya dapat dijadikan sebagai salah satu tarikan untuk pelancong.Beliau turut melihat program seumpama ini sebagai satu perkara yang dapat menaikkan nama Batu Rakit dan Terengganu ke pentas pelancongan yang lebih jauh.
" Walaupun ini adalah kali kedua saya hadir ke pesta pantai,namun ianya bukanlah petanda saya tidak menyokong program seumpama ini dan saya lihat ianya mendapat sambutan amat menggalakkan" kata beliau.
Beliau turut berharap agar tiada perkara-perkara yang memalukan akan berlaku sepanjang program tersebut berlangsung.
Majlis perasmian yang diadakan pada jam 5.00 petang turut dihadiri oleh Ketua Balai Polis Batu Rakit,Ketua Puteri Bahagian Setiu,Pengerusi-Pengerusi JKKK serta Ketua-ketua UMNO Cawangan.Hampir seribu orang telah hadir pada hari pertama program ini.Pelbagai jualan turut diadakan bagimenarik para pengunjung.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman