Jumaat, 24 Mei 2013

SENI SILAT WARISAN BANGSA-ADUN BATU RAKIT

PANCUR SEJUK- 24/5/2013 Seni silat melayu adalah warisan bangsa yang perlu dipertahan,demikian ucapan yang dilontarkan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman semasa merasmikan Majlis Perlimau Seni Silat Pusaka Helang di Kampung Pancur Sejuk Darat Batu Rakit.Majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Kampung Pancur Sejuk Haji Azmi Seman dimulakan dengan persembahan seni silat sebagai pembuka gelanggang.

Gambar-gambar suasana Majlis Perlimau Seni Silat Pusaka Helang







Dalam ucapan ringkas Adun Batu Rakit lagi,beliu turut berharap agar majlis seumpama ini akan dapat diadakan secara besar-besaran demi mengangkat martabat seni silat melayu. Beliau turut berjanji akan cuba membantu segala kekurangan yang dihadapi oleh persatuan silat didalam Dun Batu Rakit pada masa akan datang.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman