Isnin, 3 Jun 2013

SUKAN DAN REKREASI

EBEK 5.130KG-JUARA DI PANTAI REST HOUSE PENGKALAN ATAP

Pemenang pertama Encik Muda Daud (duduk 3 dari kiri) kedua Encik Asrol Hussin (duduk 2 dari kanan) dan ketiga Encik Abu Bakar (duduk kanan sekali) bergambar kenangan bersama Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman (berdiri 3 dari kanan),Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kuala Terengganu  Encik Ahmad Rizal Abd Razak (berdiri dua dari kanan),Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mejar Haji Muhammad Mohd Zin (berdiri 4 dari kanan) serta jawatankuasa pertandingan.

PENGKALAN ATAP- 2/6/2013 Tangkapan ikan Ebek seberat 5.130kg telah berjaya menobatkan Encik Muda Daud dari Ajil sebagai juara pada Pertandingan Memancing Anjuran KRT Pekan Batu Rakit Utara sempena Program Hari Keluarga Komuniti Padang Kemunting di Pantai Rest House Pengkalan Atap Batu Rakit. Beliau turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 sebagai juara.
Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Adun Batu Rakit  YB Haji Bazlan Abd Rahman serta Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Encik Ahmad Rizal Abd Razak.

Suasana tempat pertandingan-Deretan joran yang digunakan oleh peserta

Pemenang tempat kedua iaitu Encik Asrol Hussin dari Kampung Kubur Timah pula turut berjaya menaikkan Ebek seberat 2.315kg dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.00. Manakala tempat ketiga pula telah dimenangi oleh Encik Abu Bakar dengan ikan todak seberat 340g dan membawa pulang wang tunai RM200.00. Sementara itu bagi pemenang tempat keempat pula RM 100.00 telah berjaya dibawa pulang oleh Encik Ahmad Hafizi Sulong dari Lembah Bidung dengan tangkapan pari seberat 255g.Bagi tempat ke lima sehingga ke sepuluh pula hadiah berupa barang elektrik seperti sterika,pembakar roti dan hamper telah disediakan oleh pihak penganjur pertandingan.

Urusetia pertandingan

Ikan Ebek seberat 5.130kg dinobatkan juara.

Dua urusetia pertandingan mempamerkan ebek seberat 2.315kg.

Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan menyampaikan hadiah kepada pemenang temapat pertama Muda bin Daud

Pertandingan yang dimulakan pada jam 8.30 pagi ini telah disertai oleh seramai 150 kaki pancing dari dalam dan luar Dun Batu Rakit.Para peserta telah diberikan masa selama tiga jam untuk mengail. Hadiah cabutan bertuah turut disediakan dengan tiga hadiah utama iaitu Televesyen,Mesin Basuh dan basikal. 
Bagi Pengerusi Pertandingan Encik Abu Bakar Puteh,beliau berharap pertandingan memancing itu dapat diadakan sebagai acara tahunan bagi menarik minat golongan kaki pancing serta mempromosikan kawasan Batu Rakit sebagai tempat memancing yang menarik.Sokongan dan bantuan daripada Adun amat beliau harapkan bagi memastikan pertandingan seperti itu dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman