Selasa, 18 Jun 2013

KEBAJIKAN ANGGOTA SRS DICAKNA- JABATAN PERPADUAN

 Adun Batu Rakit (tengah) bersama Pengarah Jabatan Perpaduan (dua dari kanan) dan Ketua Balai Polis Batu Rakit (dua dari kiri) sedang melakukan rondaan.

PAKR MENGABANG LEKAR- 13/6/2013 Bagi menjamin kawasan perumahan sentiasa aman dan tidak berlaku kecurian,KRT PAKR Mengabang Lekar dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Daerah Kuala Terengganu telah menubuhkan pasukan SRS (Skim Rondaan Sukarela). Unit yang dianggotai seramai 50 orang terdiri daripada dua kawasan perumahan iaitu perumahan lama dan baru. 

Pengarah Jabatan Perpaduan bersalam dengan anggota SRS 

Bagi menjamin keselamatan dan kebajikan anggota-anggota SRS,pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional turut menyediakan skim insuran.Menurut Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Daerah Kuala Terengganu Encik Ahmad Rizal Abd Razak,insuran sebanyak RM41,000.00 akan diberikan kepada anggota-anggota SRS yang mengalami kematian sewaktu bertugas. Manakala sebanyak RM21,000.00 pula akan diberikan kepada anggota-anggota SRS yang meninggal dunia ketika tidak bertugas. 
Pelbagai kemudahan  lagi yang disediakan oleh pihak Jabatan Perpaduan seperti insuran kemalangan,kemudahan cuti sakit untuk menjaga kebajikan para anggota SRS,kata Encik Ahmad Rizal.

 Adun Batu Rakit bersalaman dengan anggota-anggota SRS

Menurut Encik Ahmad Rizal lagi,setiap kemalangan yang berlaku perlu disahkan oleh Pengerusi KRT setempat bagi memudahkan tututan insuran dilakukan. Beliau turut memaklumkan bahawa para Pengerusi KRT akan diberikan kuasa sepenuhnya untuk memantau setiap perkara yang berlaku.Beliau juga turut berpuas hati dengan cara perlaksanaan SRS yang dilakukan oleh KRT PAKR Mengabang Lekar.

 Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Encik Ahmad Rizal Abd Razal sedang menyampaikan taklimat.

Adun Batu Rakit menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Adun Batu Rakit YB Haji Bazalan Abd Rahman bersama-sama Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Terengganu Encik Burhanuddin Haji Daud turut bersama melakukan rondaan serta beramah mesra dengan anggota-anggota SRS. Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mejar Mohamd Zin Bakar serta timbalannya Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman turut hadir bersama para anggota polis. 
Sempena kehadiran Adun Batu Rakit,satu majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran turut diadakan. 


Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman