Sabtu, 8 Jun 2013

200 WANITA HADIRI BACAAN YASIN PERDANA

Adun Batu Rakit menyampaikan ucapan

PANTAI- 8/6/2013 Hampir 200 orang wanita UMNO Dun Batu Rakit hadir pada Majlis Bacaan Yasin Perdana Anjuran Penyelaras Pergerakan Wanita UMNO Batu Rakit di Masjid As-Salam hari ini. Majlis yang dimulakan dengan bacaan yasin turut diadakan ceramah agama  yang disampaikan oleh Ustaz Haji Kamaruddin Omar Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu.
Sebahagian Wanita yang hadir membaca yasin

Menurut Ketua Penyelaras Wanita Dun Hajjah Wan Maznah Wan Nong, majlis seumpama ini sentiasa diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim dikalangan wanita UMNO Dun Batu Rakit. Dengan cara begini hubungan yang sedia terjalin akan sentiasa kukuh bagi menambahkan lagi kerjasama antara mereka,ujur Hajjah Wan Maznah lagi. Beliau turut berharap agar program seumpama ini akan terus disokong oleh pucuk pimpinan parti bagi mendekatkan lagi masyarakat dengan parti.

Ustaz Kamaruddin Omar menyampaikan ceramah

Dalam sedikit ucapan yang disampaikan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman pula,beliau memuji sikap prihatin Wanita Umno Batu Rakit yang sentiasa aktif dan bergerak tanpa mengira masa. Beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kerja dan sokongan yang diberikan oleh wanita semasa PRU 13 baru-baru ini. Beliau juga akan sentiasa cuba untuk membantu setiap program yang dilakukan oleh wanita dalam mendekati masyarakat.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman