Selasa, 18 Jun 2013

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DUN BATU RAKIT 

BATU RAKIT- Selama dua hari iaitu pada 14 dan 15hb June2013, Majlis Jamuan Kesyukuran bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional Dun Batu Rakit telah diadakan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Sebanyak tujuh PDM telah mengadakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap para pertugas jentera PRU ke 13 PDM.




 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Mengabang Lekar pada 14/6/2013 di Markas Jentera PRU  Cawangan RAKR Mengabang Lekar


  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Batu Rakit pada 14/6/2013 di Dataran Bestari,Padang Polis



  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Maras pada 15/6/2013 di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras


  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Padang Kemunting pada 15/6/2013 di Markas Jentera PRU Cawangan Tanjung Kedepan



  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Chempaka pada 15/6/2013 di Perkarangan Masjid Lama Kampung Bukit Chempaka



 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Wan pada 15/6/2013 di Balai Raya Kampung Bukit Nenasi

KEBAJIKAN ANGGOTA SRS DICAKNA- JABATAN PERPADUAN

 Adun Batu Rakit (tengah) bersama Pengarah Jabatan Perpaduan (dua dari kanan) dan Ketua Balai Polis Batu Rakit (dua dari kiri) sedang melakukan rondaan.

PAKR MENGABANG LEKAR- 13/6/2013 Bagi menjamin kawasan perumahan sentiasa aman dan tidak berlaku kecurian,KRT PAKR Mengabang Lekar dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Daerah Kuala Terengganu telah menubuhkan pasukan SRS (Skim Rondaan Sukarela). Unit yang dianggotai seramai 50 orang terdiri daripada dua kawasan perumahan iaitu perumahan lama dan baru. 

Pengarah Jabatan Perpaduan bersalam dengan anggota SRS 

Bagi menjamin keselamatan dan kebajikan anggota-anggota SRS,pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional turut menyediakan skim insuran.Menurut Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Daerah Kuala Terengganu Encik Ahmad Rizal Abd Razak,insuran sebanyak RM41,000.00 akan diberikan kepada anggota-anggota SRS yang mengalami kematian sewaktu bertugas. Manakala sebanyak RM21,000.00 pula akan diberikan kepada anggota-anggota SRS yang meninggal dunia ketika tidak bertugas. 
Pelbagai kemudahan  lagi yang disediakan oleh pihak Jabatan Perpaduan seperti insuran kemalangan,kemudahan cuti sakit untuk menjaga kebajikan para anggota SRS,kata Encik Ahmad Rizal.

 Adun Batu Rakit bersalaman dengan anggota-anggota SRS

Menurut Encik Ahmad Rizal lagi,setiap kemalangan yang berlaku perlu disahkan oleh Pengerusi KRT setempat bagi memudahkan tututan insuran dilakukan. Beliau turut memaklumkan bahawa para Pengerusi KRT akan diberikan kuasa sepenuhnya untuk memantau setiap perkara yang berlaku.Beliau juga turut berpuas hati dengan cara perlaksanaan SRS yang dilakukan oleh KRT PAKR Mengabang Lekar.

 Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Encik Ahmad Rizal Abd Razal sedang menyampaikan taklimat.

Adun Batu Rakit menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Adun Batu Rakit YB Haji Bazalan Abd Rahman bersama-sama Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Negeri Terengganu Encik Burhanuddin Haji Daud turut bersama melakukan rondaan serta beramah mesra dengan anggota-anggota SRS. Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mejar Mohamd Zin Bakar serta timbalannya Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman turut hadir bersama para anggota polis. 
Sempena kehadiran Adun Batu Rakit,satu majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran turut diadakan. 


Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

Isnin, 10 Jun 2013

KHIDMAT SOSIAL PELAJAR KUIN DI BATU RAKIT

 Para pelajar KUIN bergambar kenangan bersama Adun Batu Rakit

PANTAI- 10/6/2013 Seramai 70 orang pelajar dari Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah telah hadir di Kampung Pantai Batu Rakit untuk menjayakan program khidmat sosial. Program yang dinamakan Gotong Royong JKKK Pantai dan Tanjung Batu Rakit bersama Kolej Universiti Insaniah Kedah telah dirasmikan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman.

 Menadah doa memohon diberkati Allah program yang dijalankan

 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah KUIN Nur Fadlina Mat Dali menyampaikan cenderahati kepada Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman.

Program gotong royong ini meliputi kawasan Masjid As-Salam,sekitar persisiran pantai dan juga di Tanah Perkuburan Kampung Kubur. Selain dari penduduk kampung yang hadir bersama,anggota-anggota APMT turut juga menjayakan program ini.

 Penduduk kampung Pantai dan Tanjung turut bersama gotong royong di Tanah Perkuburan Kampung Kubur

Siswazah Kuin sedang mengecat nisan
 Semasa menyampaikan ucapan alu-aluan,Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman mengucapkan terima kasih kepada pihak KUIN keran sudi mengadakan program khidmat sosial di Dun Batu Rakit.Beliau berharap agar program seumpama ini akan terus dijalankan selepas program yang pertama ini.Beliau turut memaklumkan akan sentiasa memberikan kerjasama demi melihat program seumpama ini berjalan lancar.

Membersihkan persisiran pantai dan sekitar taman rekreasi



 Membersihkan kawasan Masjid As-Salam.

Anggota APMT turut bersama menjayakan program gotong royong

Program yang bermula jam 10.00 pagi ini selepas kelewatan hampir dua jam,dimulakan dengan sesi ramah mesra para siswazah bersama Adun Batu Rakit sebelum dibawa ke tempat-tempat yang telah ditentukan untuk gotong royong.


Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa
SUKAN KRT PENGERAT PERPADUAN

 YB Haji Bazlan menyampaikan ucapan

PAKR MENGABANG LEKAR-8/6/2013 Sukan adalah wardah terbaik untuk memupuk perpaduan dikalangan masyarakat setempat.Demikian pesanan yang diluahkan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman ketika merasmikan majlis penutup Sukan Perpaduan dan Majlis Gerak Mesra Penduduk RAKR Mengabang Lekar bersama pemimpin anjuran KRT PAKR Mengabang Lekar.

 Sebahagian peserta sukan yang mengambil bahagian

Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Negeri Terengganu Encik Syukri Omar,Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Daerah Kuala Terengganu Encik Ahmad Rizal Abd Razak,Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mejar Mohd Zin Bakar dan Timbalan Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.


 YB Haji Bazlan menyampaikan hadiah kepada peserta kanak-kanak.

Memetik lagi ucapan yang disampaikan oleh beliau,beliau turut berharap agar perpaduan yang sedia ada dapat dipupuk dengan sebaik-baiknya demi menjaga keamanan yang telah dinikmati. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada KRT PAKR Mengabang Lekar kerana berjaya mengadakan sukan perpaduan dan mendapat sambutan yang mengalakkan.Beliau juga memaklumkan akan cuba membawa pembangunan untuk Batu Rakit bagi melihat kemajuan sama seperti ditempat lain.


Peserta wanita menerima hadiah kemenangan dari YB Haji Bazlan.

Pelbagai acara sukan dijalankan sempena Sukan Perpaduan ini antaranya peraduan mewarna,tarik tali,kail botol dan pelbagai lagi. Hampir semua penduduk di kawasan perumahan RAKR lama dan baru turun untuk memeriahkan sukan tersebut. Program yang diadakan selama dua hari ini turut mendapat pujian dari Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Encik Syukri Omar didalam ucapan beliau.


Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

Sabtu, 8 Jun 2013

200 WANITA HADIRI BACAAN YASIN PERDANA

Adun Batu Rakit menyampaikan ucapan

PANTAI- 8/6/2013 Hampir 200 orang wanita UMNO Dun Batu Rakit hadir pada Majlis Bacaan Yasin Perdana Anjuran Penyelaras Pergerakan Wanita UMNO Batu Rakit di Masjid As-Salam hari ini. Majlis yang dimulakan dengan bacaan yasin turut diadakan ceramah agama  yang disampaikan oleh Ustaz Haji Kamaruddin Omar Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu.
Sebahagian Wanita yang hadir membaca yasin

Menurut Ketua Penyelaras Wanita Dun Hajjah Wan Maznah Wan Nong, majlis seumpama ini sentiasa diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim dikalangan wanita UMNO Dun Batu Rakit. Dengan cara begini hubungan yang sedia terjalin akan sentiasa kukuh bagi menambahkan lagi kerjasama antara mereka,ujur Hajjah Wan Maznah lagi. Beliau turut berharap agar program seumpama ini akan terus disokong oleh pucuk pimpinan parti bagi mendekatkan lagi masyarakat dengan parti.

Ustaz Kamaruddin Omar menyampaikan ceramah

Dalam sedikit ucapan yang disampaikan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman pula,beliau memuji sikap prihatin Wanita Umno Batu Rakit yang sentiasa aktif dan bergerak tanpa mengira masa. Beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kerja dan sokongan yang diberikan oleh wanita semasa PRU 13 baru-baru ini. Beliau juga akan sentiasa cuba untuk membantu setiap program yang dilakukan oleh wanita dalam mendekati masyarakat.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa
KESIHATAN BERSAMA KOMUNITI PAGAR BESI

Adun Batu Rakit menyampaikan ucapan perasmian

PAGAR BESI-8/6/2013 Bagi menggalakkan masyarakat sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan,Klinik Kesihatan Batu Rakit sentiasa memainkan peranan mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan bersama komuniti setempat. Bertempat di Balairaya Kampung Pagar Besi,satu Program Kesihatan yang dikenali Lindungi dan Sayangi Bayi Anda telah diadakan.
Program yang diadakan bersama JKKK Pagar Besi telah dilakukan majlis penutup oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman.

Beramah mesra dengan kakitangan kesihatan

Program yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari ini turut diadakan pemeriksaan dan pameran kesihatan,ceramah dan juga pertandingan bayi comel.Menurut Pegawai Perubatan dan Kesihatan KKBR,tujuan dan objetif program tersebut ialah untuk memberi pengetahuan mengenai kepentingan imunisasi kepada kanak-kanak. Disamping itu juga ianya untuk memberi pendedahan kepada ibu-ibu dan masyarakat tentang penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi.
Menurut beliau lagi,program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan.Banyak faedah yang dapat diperolehi melalui program seumpama ini kepada masyarakat,tambah beliau lagi.

Menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta pertandingan bayi comel

Sementara itu dalam ucapan perasmian penutup oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman,beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan memuji kesanggupan pihak Klinik Kesihatan Batu Rakit yang mengadakan program kesihatan di Dun Batu Rakit.Apa yang dilakukan oleh pihak KKBR bagi beliau adalah salah satu sumbangan yang amat bernilai bagi menjamin kesihatan masyarakat setempat.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa JKKK Pagar Besi kerana bersungguh-sungguh menjayakan kerjasama dengan pihak KKBR.
Pada majlis itu juga YB Haji Bazlan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan bayi comel anjuran KKBR.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa


Isnin, 3 Jun 2013

SUKAN DAN REKREASI

EBEK 5.130KG-JUARA DI PANTAI REST HOUSE PENGKALAN ATAP

Pemenang pertama Encik Muda Daud (duduk 3 dari kiri) kedua Encik Asrol Hussin (duduk 2 dari kanan) dan ketiga Encik Abu Bakar (duduk kanan sekali) bergambar kenangan bersama Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman (berdiri 3 dari kanan),Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Kuala Terengganu  Encik Ahmad Rizal Abd Razak (berdiri dua dari kanan),Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mejar Haji Muhammad Mohd Zin (berdiri 4 dari kanan) serta jawatankuasa pertandingan.

PENGKALAN ATAP- 2/6/2013 Tangkapan ikan Ebek seberat 5.130kg telah berjaya menobatkan Encik Muda Daud dari Ajil sebagai juara pada Pertandingan Memancing Anjuran KRT Pekan Batu Rakit Utara sempena Program Hari Keluarga Komuniti Padang Kemunting di Pantai Rest House Pengkalan Atap Batu Rakit. Beliau turut membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 sebagai juara.
Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Adun Batu Rakit  YB Haji Bazlan Abd Rahman serta Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Encik Ahmad Rizal Abd Razak.

Suasana tempat pertandingan-Deretan joran yang digunakan oleh peserta

Pemenang tempat kedua iaitu Encik Asrol Hussin dari Kampung Kubur Timah pula turut berjaya menaikkan Ebek seberat 2.315kg dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300.00. Manakala tempat ketiga pula telah dimenangi oleh Encik Abu Bakar dengan ikan todak seberat 340g dan membawa pulang wang tunai RM200.00. Sementara itu bagi pemenang tempat keempat pula RM 100.00 telah berjaya dibawa pulang oleh Encik Ahmad Hafizi Sulong dari Lembah Bidung dengan tangkapan pari seberat 255g.Bagi tempat ke lima sehingga ke sepuluh pula hadiah berupa barang elektrik seperti sterika,pembakar roti dan hamper telah disediakan oleh pihak penganjur pertandingan.

Urusetia pertandingan

Ikan Ebek seberat 5.130kg dinobatkan juara.

Dua urusetia pertandingan mempamerkan ebek seberat 2.315kg.

Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan menyampaikan hadiah kepada pemenang temapat pertama Muda bin Daud

Pertandingan yang dimulakan pada jam 8.30 pagi ini telah disertai oleh seramai 150 kaki pancing dari dalam dan luar Dun Batu Rakit.Para peserta telah diberikan masa selama tiga jam untuk mengail. Hadiah cabutan bertuah turut disediakan dengan tiga hadiah utama iaitu Televesyen,Mesin Basuh dan basikal. 
Bagi Pengerusi Pertandingan Encik Abu Bakar Puteh,beliau berharap pertandingan memancing itu dapat diadakan sebagai acara tahunan bagi menarik minat golongan kaki pancing serta mempromosikan kawasan Batu Rakit sebagai tempat memancing yang menarik.Sokongan dan bantuan daripada Adun amat beliau harapkan bagi memastikan pertandingan seperti itu dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa


Ahad, 2 Jun 2013

HARI KELUARGA AKAN DIJADIKAN ACARA TAHUNAN-ADUN BATU RAKIT

Adun Batu Rakit dan Ahli Parlimen Setiu memotong riben sebagai gimik perasmian Hari Keluarga Komuniti Kampung Padang Kemunting.

PENGKALAN ATAP- 1/6/2013 Program Hari Keluarga Komuniti Kampung Padang Kemunting yang dulu dinamakan Pesta Pantai akan dijadikan acara tahunan jika ianya diselia dan dirangka dengan baik. Demikian ucapan Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman ketika berucap  pada perasmian Program Hari Keluarga Komuniti Padang Kemunting di Pantai Rest House Pengkalan Atap Batu Rakit. 
Majlis yang diresmikan oleh Ahli Parlimen Setiu Che Mohd Zulkifli Jusoh akan diadakan selama 5 hari bermula pada 1hb Jun dan berakhir pada 6hb Jun.

Perarakan bunga mangga dan paluan gendang mengiringi YB Parlimen dan Adun ke pentas perasmian.

Persembahan seni silat dilakukan sebagai pembuka acara perasmian.

Beliau turut melahirkan harapan agar dengan adanya program seumpama ini,ianya akan dapat menyatu padukan seluruh para penduduk didalam Dun Batu Rakit. Beliau juga memaklumkan akan sentiasa membantu setiap program seumpama ini bagi menaikan nama Batu Rakit didalam kelendar pelancongan negeri.Harapan beliau juga agar para peserta yang menyertai program ini akan sentiasa menjaga setiap perkara agar tidak berlaku perkara-perkara yang dapat mengaibkan serta dipandang serong oleh masyarakat luar. 

Doa diaminkan bagi memberkati majlis perasmian.

Program yang dulu lebih dikenali sebagai pesta pantai ini turut menyediakan pelbagai acara seperti wayang kulit,dikir barat,karaoke,pertandingan memancing dan juga sukaneka.Sebanyak 60 buah bangsal telah didirikan disepanjang pantai berkenaan bagi memeriahkan suasana hari keluarga.
Menurut Pengerusi Hari Keluarga Encik Kamal,ianya adalah tradisi masyarakat Kampung Padang Kemunting yang akan berehat selepas musim menuai habis.'Dulu penduduk Kampung Padang Kemunting terdiri daripada mereka yang bertani,jadi selepas musim menuai habis,mereka akan buat bangsal disebelah persisiran pantai untuk berehat" kata Encik Kamal.

Ahli Parlimen Setiu beramah mesra dengan peserta program.

 
Adun Batu Rakit menyampaikan besen untuk digunakan oleh para peserta program.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh Ahli Parlimen Setiu,beliau berharap agar aktiviti semua ini dapat diteruskan dari masa ke semasa agar ianya dapat dijadikan sebagai salah satu tarikan untuk pelancong.Beliau turut melihat program seumpama ini sebagai satu perkara yang dapat menaikkan nama Batu Rakit dan Terengganu ke pentas pelancongan yang lebih jauh.
" Walaupun ini adalah kali kedua saya hadir ke pesta pantai,namun ianya bukanlah petanda saya tidak menyokong program seumpama ini dan saya lihat ianya mendapat sambutan amat menggalakkan" kata beliau.
Beliau turut berharap agar tiada perkara-perkara yang memalukan akan berlaku sepanjang program tersebut berlangsung.
Majlis perasmian yang diadakan pada jam 5.00 petang turut dihadiri oleh Ketua Balai Polis Batu Rakit,Ketua Puteri Bahagian Setiu,Pengerusi-Pengerusi JKKK serta Ketua-ketua UMNO Cawangan.Hampir seribu orang telah hadir pada hari pertama program ini.Pelbagai jualan turut diadakan bagimenarik para pengunjung.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa






Jumlah Paparan Halaman