Isnin, 10 Jun 2013

SUKAN KRT PENGERAT PERPADUAN

 YB Haji Bazlan menyampaikan ucapan

PAKR MENGABANG LEKAR-8/6/2013 Sukan adalah wardah terbaik untuk memupuk perpaduan dikalangan masyarakat setempat.Demikian pesanan yang diluahkan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman ketika merasmikan majlis penutup Sukan Perpaduan dan Majlis Gerak Mesra Penduduk RAKR Mengabang Lekar bersama pemimpin anjuran KRT PAKR Mengabang Lekar.

 Sebahagian peserta sukan yang mengambil bahagian

Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Negeri Terengganu Encik Syukri Omar,Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Daerah Kuala Terengganu Encik Ahmad Rizal Abd Razak,Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mejar Mohd Zin Bakar dan Timbalan Ketua Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.


 YB Haji Bazlan menyampaikan hadiah kepada peserta kanak-kanak.

Memetik lagi ucapan yang disampaikan oleh beliau,beliau turut berharap agar perpaduan yang sedia ada dapat dipupuk dengan sebaik-baiknya demi menjaga keamanan yang telah dinikmati. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada KRT PAKR Mengabang Lekar kerana berjaya mengadakan sukan perpaduan dan mendapat sambutan yang mengalakkan.Beliau juga memaklumkan akan cuba membawa pembangunan untuk Batu Rakit bagi melihat kemajuan sama seperti ditempat lain.


Peserta wanita menerima hadiah kemenangan dari YB Haji Bazlan.

Pelbagai acara sukan dijalankan sempena Sukan Perpaduan ini antaranya peraduan mewarna,tarik tali,kail botol dan pelbagai lagi. Hampir semua penduduk di kawasan perumahan RAKR lama dan baru turun untuk memeriahkan sukan tersebut. Program yang diadakan selama dua hari ini turut mendapat pujian dari Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Encik Syukri Omar didalam ucapan beliau.


Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman