Jumaat, 24 Mei 2013

SENI SILAT WARISAN BANGSA-ADUN BATU RAKIT

PANCUR SEJUK- 24/5/2013 Seni silat melayu adalah warisan bangsa yang perlu dipertahan,demikian ucapan yang dilontarkan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman semasa merasmikan Majlis Perlimau Seni Silat Pusaka Helang di Kampung Pancur Sejuk Darat Batu Rakit.Majlis yang turut dihadiri oleh Pengerusi JKKK Kampung Pancur Sejuk Haji Azmi Seman dimulakan dengan persembahan seni silat sebagai pembuka gelanggang.

Gambar-gambar suasana Majlis Perlimau Seni Silat Pusaka Helang







Dalam ucapan ringkas Adun Batu Rakit lagi,beliu turut berharap agar majlis seumpama ini akan dapat diadakan secara besar-besaran demi mengangkat martabat seni silat melayu. Beliau turut berjanji akan cuba membantu segala kekurangan yang dihadapi oleh persatuan silat didalam Dun Batu Rakit pada masa akan datang.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

KEMASYARAKATAN

SUMBANGAN RAMADHAN JKKK GONG LINGAI


GONG LINGAI- 8/7/2013 Seramai 60 orang penduduk Kampung Gong Lingai telah dipilih oleh JKKK untuk menerima sumbangan Ramadhan Al-Mubarak. Program yang diresmikan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim serta Timbalan Ketua Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.


Menurut Pengerusi JKKK Gong Lingai Muhamad Mat Ali,program sumbangan ramadhan ini telah diadakan sebanyak 4 kali bagi meringankan sedikit beban keluarga dalam persediaan menyambut bulan puasa."Walaupun ianya bukan dapat memenuhi sepenuhnya kos perbelanjaan sebulan puasa,namun ianya dapat meringankan sedikit perbelanjaan menyambut puasa" ujur  Pengerusi JKKK lagi.


Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Adun Batu Rakit,Haji Bazlan Abg Rahman memuji perlaksanaan program yang dilakukan oleh JKKK Gong Lingai. Beliau berharap banyak lagi JKKK yang akan mengadakan program seumpama ini bagi melaksanakan fitrah untuk masyarakat.


Gambar dan Cerita: Mazlan Mustafa


RAMAH MESRA BERSAMA PENIAGA DI PASAR MARAS


MARAS- 24/5/2013 Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman dan isteri meluangkan masa untuk minum pagi dan beramah mesra dengan para peniaga di Pasar Maras Batu Rakit.Turut bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiu Puan Rosnari Awang Ngah merangkap Penyelaras Pergerakan Puteri Dun serta jawatankuasa Puteri.

Gambar-gambar suasana Adun Batu Rakit dan isteri minum pagi dan beramah mesra.





Gambar dan Cerita Oleh: Mazlan Mustafa


JAMUAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL BATU RAKIT


MENGABANG LEKOR-24/5/2013 Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman menghadiri Majlis Jamuan Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (N.08) di Markas Umno Cawangan Mengabang Lekor. Majlis dihadiri hampir semua para pertugas jentera pilihanraya Umno Cawangan bermula jam 9.00 malam.
Dibawah adalah gambar-gambar Adun Batu Rakit yang menghadiri majlis tersebut.






Gambar oleh: Mazlan Mustafa



PERJUMPAAN BERSAMA APMT DAN PENGERUSI JKKK DUN BATU RAKIT


MENGABANG LEKOR- 18/5/2013 Satu majlis perjumpaan antara Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman bersama anggota APMT dan para Pengerusi JKKK telah diadakan di Gem Beach Resort,Mengabang Lekor jam 10.00 malam.





Gambar-gambar majlis perjumpaan.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL

RAKR MENGABANG LEKOR (BARU)- 18/5/2013 Selepas seminggu lebih kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13,majlis meraikan kemenangan masih lagi berterusan dianjurkan oleh Umno-Umno Cawangan.Bertempat di kawasan Rumah Awan Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekor 2,Wanita UMNO Cawangan tersebut turut mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional.





Majlis tersebut turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman telah diadakan pada jam 9.00 malam. Kehadiran seramai 80 orang para penduduk sekitar perumahan tersebut memeriahkan lagi majlis.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL

BATU RAKIT- 17/5/2013 Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman sentiasa hadir hadir pada majlis meraikan kemenangan Barisan Nasional yang diadakan oleh Cawangan-cawangan UMNO Dun Batu Rakit. Pada kali ini 2 cawangan iaitu Cawangan Bukit Agu dan R.A.K.R Mengabang Lekor (Baru) telah mengadakan majlis tersebut

Cawangan R.A.K.R Mengabang Lekor (Baru)




Gambar sekitar kehadiran Adun Batu Rakit di  Cawangan R.A.K.R Mengabang Lekor (Baru)

Cawangan Bukit Agu




Gambar- gambar majlis kesyukuran Cawangan Bukit Agu.

Cerita dan Gamabar: Mazlan Mustafa


MAJLIS BBQ MERAIKAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL 

MENGABANG PANJANG- 16/5/2013

Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman  dan Ahli Parlimen Setiu YB Che Mohamad Zulkifli Jusoh serta isteri hadir meraikan Majlis BBQ bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dun dan Parlimen Setiu pada Pilihanraya Umun ke 13 baru-baru ini.
 Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman bersalaman dengan penduduk kampung.

Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifli Jusoh (berbaju putih tengah) sedang memerhatikan remaja sedang  membakar ayam.


Hampir 100 orang penduduk telah keluar beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut.Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam telah berakhir pada jam 11.30 malam.


GONG LINGAI- Kehadiran Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman dan Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifli Jusoh serta isteri telah memeriahkan Majlis BBQ anjuran JKKK Kampung Gong Lingai.
Haji Bazlan Abd Rahman bersalaman dengan para penduduk.

Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifli Jusoh bersalamandengan para pemuda

Dari kiri ke kanan: Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Wan Sulaiman Wan Muda,Pengerusi JKKK Gong Lingai Muhamad Mat Ali,Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifli Jusoh.

Program yang dihadiri lebih 150 orang ini turut juga diraikan oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim dan juga Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu Wan Suliman Wan Muda.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


Rabu, 22 Mei 2013

PERPADUAN ASAS KEAMANAN NEGARA

MENGABANG PANJANG- 22/5/2013 Bertempat di Dewan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),satu Program Pakat Mari Sembang Komuniti anjuran KRT Pekan Batu Rakit Selatan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kuala Terengganu telah diadakan.

Adun Batu Rakit (tengah) menerima cenderahati dari Pengerusi Pengelola Program Che Mat Che Bakar.

Program yang dihadiri oleh Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman dan isteri ini juga bertujuan meraikan pertukaran Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Puan Hajjah Norma Md.Nor dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Terengganu Encik Tukimin Haji Sarlan.

YB Haji Bazlan bersalaman dengan para anggota KRT.

Majlis yang dihadiri seramai 500 orang ini melibatkan seluruh KRT Daerah Kuala Terengganu sebanyak 90 KRT. Pada program ini juga turut diadakan majlis BBQ dan juga karoke.Program yang bermula jam 9.00 malam dengan perarakan ketibaan Adun Batu Rakit telah berakhir jam 11.30 malam.

Isteri Adun Batu Rakit Puan Siti Zaimah (kiri) bersalaman dengan tetamu.

Dari kiri: Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Puan Hajah Norma Md.Nor,Isteri Adun Batu Rakit Puan Siti Zaimah,Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman,Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Terengganu Encik Tukiman Haji Sarlan dan Pengerusi KRT Pekan Batu Rakit Selatan Encik Che Mat Che Bakar.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Adun Batu Rakit,beliau berharap agar konsep perpaduan sentiasa menjadi teras utama yang diamalkan oleh Jabatan Perpaduan. Ini kerana tambah beliau,perpaduan adalah asas yang kukuh bagi menjamin perpaduan dan keamanan di Malaysia.Dengan keadaan masyarakat yang berbilang kaum,konsep perpaduan amat jelas dapat menyatukan tiga kaum utama di Malaysia serta menjamin kestabilan ekonomi yang kukuh.
Beliau turut menyeru agar lebih banyak badan NGO dapat mengamalkan konsep yang diamalkan oleh Jabatan Perpaduan dan sekaligus membawa kepada kemakmuran yang lebih tinggi untuk Malaysia bersaing dipersada dunia.
Diakhir ucapan beliau,beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan kerana memilih Dun Batu Rakit menjadi tuan rmah untuk menganjurkan program santai ini.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

CAKNA RAKYAT

ADUN BATU RAKIT ZIARAH MANGSA RUMAH TERBAKAR.

RAKR MENGABANG LEKOR (BARU)- 22/5/2013 Dalam kesibukkan masa seorang wakil rakyat yang terhad,sikap cakna rakyat tetap disemai biarpun sekadar menziarah. Ini terbukti kepada Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman apabila bergegas menlawat mangsa kebakaran di Rumah Awan Kos Rendah Mengabang Lekor (Baru). Kejadian yang berlaku jam 12.00 tengahari melibatkan litar pintas telah menyebabkan sedikit kerugian yang dialami oleh tuan rumah.

 Haji Bazlan melihat kerosakan yang dialami.

 Mendengar cerita kejadian yang diluahkan oleh tuan rumah.

Pakaian yang terbakar kerana lintar pintas bekalan elektrik.


Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa



ZIARAH WARGA EMAS DAN PESAKIT KAMPUNG BUKIT WAN

BUKIT WAN- 17/5/2013 Dalam kesibukan masa yang terhad,Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman sempat meluangkan masa untuk menziarahi warga emas dan pesakit di Kampung Bukit Wan. Kesempatan yang ada itu juga digunakan untuk beramah mesra dengan AJK JKKK Bukit Wan.
Berbual mesra dengan Che Lah Che Kar warga emas (77 tahun) sambil di perhatikan oleh AJK JKKK Bukit Wan.

Bertanyakan sesuatu kepada Mamat Abu Bakar (80 tahun)

Beramah mesra dengan Norihan Abdul Rahman (62 tahun) yang baru keluar dari Hospital .Kuala Terengganu

Bertanya khabar tentang kesihatan Mohd Stopa Ali (50 tahun) yang mengalami penyakit batu karang.

Beramah mesra dengan AJK JKKK Bukit Wan.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


CAKNA RAKYAT- PENDUDUK SENTIASA DIZIARAHI

Melihat keuzuran yang dialami oleh Ismail Abdullah (76 tahun) yang tidak dapat bergerak dengan sendiri

MARAS (15/5/2013) Seramai 5 orang yang terdiri dari warga emas,pesakit kronik dan veteran UMNO telah diziarai oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman di Kampung Maras.

Encik Mustafa Mohamad (67 tahun) yang mengalami angin ahmar.

Warga Emas Mariam Tahir (95 tahun) berbual mesra dengan Adun Batu Rakit.

Veteran UMNO Haji Mohamad Abu Bakar ceria menerima kunjungan Adun Batu Rakit dan Penyelia APMT (kiri)


Encik Yusuf Embong (55 tahun) dan isteri menceritakan kejadian yang menyebabkan beliau terlantar dihospital kepada Adun Batu Rakit.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

Jumlah Paparan Halaman