Sabtu, 8 Jun 2013

KESIHATAN BERSAMA KOMUNITI PAGAR BESI

Adun Batu Rakit menyampaikan ucapan perasmian

PAGAR BESI-8/6/2013 Bagi menggalakkan masyarakat sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan,Klinik Kesihatan Batu Rakit sentiasa memainkan peranan mengadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan bersama komuniti setempat. Bertempat di Balairaya Kampung Pagar Besi,satu Program Kesihatan yang dikenali Lindungi dan Sayangi Bayi Anda telah diadakan.
Program yang diadakan bersama JKKK Pagar Besi telah dilakukan majlis penutup oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman.

Beramah mesra dengan kakitangan kesihatan

Program yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari ini turut diadakan pemeriksaan dan pameran kesihatan,ceramah dan juga pertandingan bayi comel.Menurut Pegawai Perubatan dan Kesihatan KKBR,tujuan dan objetif program tersebut ialah untuk memberi pengetahuan mengenai kepentingan imunisasi kepada kanak-kanak. Disamping itu juga ianya untuk memberi pendedahan kepada ibu-ibu dan masyarakat tentang penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi.
Menurut beliau lagi,program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan.Banyak faedah yang dapat diperolehi melalui program seumpama ini kepada masyarakat,tambah beliau lagi.

Menyampaikan hadiah kepada salah seorang peserta pertandingan bayi comel

Sementara itu dalam ucapan perasmian penutup oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman,beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan memuji kesanggupan pihak Klinik Kesihatan Batu Rakit yang mengadakan program kesihatan di Dun Batu Rakit.Apa yang dilakukan oleh pihak KKBR bagi beliau adalah salah satu sumbangan yang amat bernilai bagi menjamin kesihatan masyarakat setempat.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa JKKK Pagar Besi kerana bersungguh-sungguh menjayakan kerjasama dengan pihak KKBR.
Pada majlis itu juga YB Haji Bazlan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan bayi comel anjuran KKBR.

Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman