Isnin, 20 Mei 2013

438 ORANG CERIA TERIMA BR1M

WAKAF CHATUR- 21/5/2013 Seramai 438 orang didalam Dun Batu Rakit ceria menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hari ini. Majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras,telah disempurnakan oleh Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman. Turut hadir pada majlis ini ialah Penolong Pegawai Daerah Setiu Encik Ahmad Rizduan,Ketua Penyelia APMT Dun dan Penghulu Mukim Merang,Setiu.

 Dari kiri ke kanan: Ketua Penyelia APMT,Adun Batu Rakit,Penolong Pegawai Derah Setiu dan Penghulu Mukim Merang.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Adun Batu Rakit,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh yang hadir untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga beliau ucapkan kepada para pengundi yang mengundi beliau pada PRU 13 baru-baru ini.

Para penerima BR1M sedang mendengar ucapan YB Adun.

Beliau berharap dengan kemenangan ini,pembangunan yang dirancang oleh Adun-Adun terdahulu akan dapat diteruskan bagi membawa pembangunan didalam Dun Batu Rakit.Disamping itu juga beliau memohon agar seluruh penduduk Batu Rakit sentiasa memberikan kerjasama yang baik agar setiap perancangan yang ingin dilakukan dapat dijalankan dengan jayanya.

 Anggota APMT sedang mengisi nama penerima BR1M.

Beliau juga mahukan setiap kesalahan yang dilakukan dapat kira ditegur untuk bersama mendaya masyarakat berwawasan dan menuju kearah kegemilangan. Beliau juga berikrar akan cuba melakukan yang terbaik demi melihat Batu Rakit terus maju dan berdaya saing dengan kawasan-kawasan yang lebih maju.

Penerima BR1M sedang menerima duit. 

 Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman menyampaikan ucapan.

Mengakhiri ucapan,beliau mahukan agar setiap peluang yang terhidang dapat digunakan sebaik mungkin bagi menuju kejayaan yang lebih baik.Harapan beliau juga agar seluruh jentera dapat memberikan komitmen kepada beliau untuk terus menghasilkan yang terbaik.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman