Rabu, 22 Mei 2013

PERPADUAN ASAS KEAMANAN NEGARA

MENGABANG PANJANG- 22/5/2013 Bertempat di Dewan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),satu Program Pakat Mari Sembang Komuniti anjuran KRT Pekan Batu Rakit Selatan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kuala Terengganu telah diadakan.

Adun Batu Rakit (tengah) menerima cenderahati dari Pengerusi Pengelola Program Che Mat Che Bakar.

Program yang dihadiri oleh Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman dan isteri ini juga bertujuan meraikan pertukaran Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Puan Hajjah Norma Md.Nor dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Terengganu Encik Tukimin Haji Sarlan.

YB Haji Bazlan bersalaman dengan para anggota KRT.

Majlis yang dihadiri seramai 500 orang ini melibatkan seluruh KRT Daerah Kuala Terengganu sebanyak 90 KRT. Pada program ini juga turut diadakan majlis BBQ dan juga karoke.Program yang bermula jam 9.00 malam dengan perarakan ketibaan Adun Batu Rakit telah berakhir jam 11.30 malam.

Isteri Adun Batu Rakit Puan Siti Zaimah (kiri) bersalaman dengan tetamu.

Dari kiri: Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Puan Hajah Norma Md.Nor,Isteri Adun Batu Rakit Puan Siti Zaimah,Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman,Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Terengganu Encik Tukiman Haji Sarlan dan Pengerusi KRT Pekan Batu Rakit Selatan Encik Che Mat Che Bakar.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Adun Batu Rakit,beliau berharap agar konsep perpaduan sentiasa menjadi teras utama yang diamalkan oleh Jabatan Perpaduan. Ini kerana tambah beliau,perpaduan adalah asas yang kukuh bagi menjamin perpaduan dan keamanan di Malaysia.Dengan keadaan masyarakat yang berbilang kaum,konsep perpaduan amat jelas dapat menyatukan tiga kaum utama di Malaysia serta menjamin kestabilan ekonomi yang kukuh.
Beliau turut menyeru agar lebih banyak badan NGO dapat mengamalkan konsep yang diamalkan oleh Jabatan Perpaduan dan sekaligus membawa kepada kemakmuran yang lebih tinggi untuk Malaysia bersaing dipersada dunia.
Diakhir ucapan beliau,beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan kerana memilih Dun Batu Rakit menjadi tuan rmah untuk menganjurkan program santai ini.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman