Rabu, 15 Mei 2013

PENDIDIKAN

MAJLIS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

TERAP PECAH ROTAN- 16/5/2013 Sempena sambutan Hari Guru,Sekolah Kebangsaan Pecah Rotan telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform selama tiga hari bermula 16hb sehingga 18hb Mei 2013. Majlis yang telah dirasmikan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman telah diadakan di perkarangan sekolah tersebut pada jam 2.30 petang.


 Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Adun Batu Rakit,beliau berharap agar guru sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk mencapai hasrat kerajaan agar para pelajar sentiasa berjaya dalam bidang pelajaran.Tambah beliau lagi,kekurangan yang dimiliki oleh sesebuah sekolah bukanlah penghalang untuk para pelajar terus cemerlang.


Mengenai kekurangan bilangan pelajar di sekolah tersebut,beliau berharap agar cadangan untuk mendirikan sebuah perumahan dikawasan Kampung Terap Pecah Rotan akan menjadi kenyataan  dan seterusnya mengatasi masaallah yang dihadapiri. Menurut laporan bilangan pelajar disekolah tersebut hanya 60 orang.


Mengakhiri ucapan Adun Batu Rakit,beliu turut mengucapkan selamat hari guru kepada seluruh guru Sekolah Kebangsaan Pecah Rotan dan berharap agar sekolah tersebut terus cemerlang bersaing dengan sekolah-sekolah lain didalam Dun Batu Rakit.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa



MAJLIS JAMUAN HARI GURU 

BATU RAKIT-16/5/2013 Bertempat di Merang Suria Resort Rhu Thapai,Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman sempat meluangkan masa untuk hadir di dua  Majlis Jamuan Hari Guru. Sekolah Kebangsaan Pagar Besi dan Sekolah Menengah Lembah Bidong telah mengadakan majlis tersebut disitu.


Adun Batu Rakit Bazlan Abd Rahman bersalaman dan beramah mesra dengan guru-guru Sekolah Menengah Lembah Bidong.



Gambar-gambar sekitar Majlis Jamuan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Pagar Besi.

Dalam ucapan pada kedua-dua majlis tersebut,Adun Batu Rakit mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput beliau untuk hadir. Beliau merupakan bekas guru di Sekolah Kebangsaan Pagar Besi dan Timbalan Yang Dipertua PIBG di Sekolah Menengah Lembah Bidong.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


Majlis Ramah Mesra bersama Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka




BUKIT CHEMPAKA (15/5/2013) Satu Majlis Ramah Mesra antara Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman bersama guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka telah diadakan pada hari ini.


Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG Encik Wan Khairul Wan Ibrahim dan juga Pemangku Pengerusi JKKK Bukit Chempaka Encik Kamaruddin Abdullah.


Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Haji Bazlan Abd Rahman,beliau mengingatkan para guru agar sentiasa menjaga etika kerja dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan. Dengan sokongan yang tinggi,beliau turut mengingatkan bahawa setiap peruntukan yang akan disalurkan kepada pihak sekolah dapat dipertingkatkan demi kejayaan para pelajar.

 

Beliau turut menekan agar para guru sentiasa memberikan komitmen yang tinggi bagi melahirkan kejayaan yang lebih cemerlang untuk para pelajar. Disamping itu beliau turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah diatas kehadiran beliau. Sokongan yang tidak berbelah bagi turut ditagih oleh beliau daripada seluruh guru bagi memastikan kejayaan dalam bidang pendidikan terus berkembang di Batu Rakit.


Cerita dan Gambar oleh: Mazlan Mustafa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman