Jumaat, 24 Mei 2013

KEMASYARAKATAN

SUMBANGAN RAMADHAN JKKK GONG LINGAI


GONG LINGAI- 8/7/2013 Seramai 60 orang penduduk Kampung Gong Lingai telah dipilih oleh JKKK untuk menerima sumbangan Ramadhan Al-Mubarak. Program yang diresmikan oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim serta Timbalan Ketua Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman.


Menurut Pengerusi JKKK Gong Lingai Muhamad Mat Ali,program sumbangan ramadhan ini telah diadakan sebanyak 4 kali bagi meringankan sedikit beban keluarga dalam persediaan menyambut bulan puasa."Walaupun ianya bukan dapat memenuhi sepenuhnya kos perbelanjaan sebulan puasa,namun ianya dapat meringankan sedikit perbelanjaan menyambut puasa" ujur  Pengerusi JKKK lagi.


Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Adun Batu Rakit,Haji Bazlan Abg Rahman memuji perlaksanaan program yang dilakukan oleh JKKK Gong Lingai. Beliau berharap banyak lagi JKKK yang akan mengadakan program seumpama ini bagi melaksanakan fitrah untuk masyarakat.


Gambar dan Cerita: Mazlan Mustafa


RAMAH MESRA BERSAMA PENIAGA DI PASAR MARAS


MARAS- 24/5/2013 Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman dan isteri meluangkan masa untuk minum pagi dan beramah mesra dengan para peniaga di Pasar Maras Batu Rakit.Turut bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiu Puan Rosnari Awang Ngah merangkap Penyelaras Pergerakan Puteri Dun serta jawatankuasa Puteri.

Gambar-gambar suasana Adun Batu Rakit dan isteri minum pagi dan beramah mesra.





Gambar dan Cerita Oleh: Mazlan Mustafa


JAMUAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL BATU RAKIT


MENGABANG LEKOR-24/5/2013 Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman menghadiri Majlis Jamuan Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (N.08) di Markas Umno Cawangan Mengabang Lekor. Majlis dihadiri hampir semua para pertugas jentera pilihanraya Umno Cawangan bermula jam 9.00 malam.
Dibawah adalah gambar-gambar Adun Batu Rakit yang menghadiri majlis tersebut.






Gambar oleh: Mazlan Mustafa



PERJUMPAAN BERSAMA APMT DAN PENGERUSI JKKK DUN BATU RAKIT


MENGABANG LEKOR- 18/5/2013 Satu majlis perjumpaan antara Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman bersama anggota APMT dan para Pengerusi JKKK telah diadakan di Gem Beach Resort,Mengabang Lekor jam 10.00 malam.





Gambar-gambar majlis perjumpaan.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa

JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL

RAKR MENGABANG LEKOR (BARU)- 18/5/2013 Selepas seminggu lebih kemenangan Barisan Nasional pada PRU 13,majlis meraikan kemenangan masih lagi berterusan dianjurkan oleh Umno-Umno Cawangan.Bertempat di kawasan Rumah Awan Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekor 2,Wanita UMNO Cawangan tersebut turut mengadakan majlis kesyukuran bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional.





Majlis tersebut turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman telah diadakan pada jam 9.00 malam. Kehadiran seramai 80 orang para penduduk sekitar perumahan tersebut memeriahkan lagi majlis.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL

BATU RAKIT- 17/5/2013 Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman sentiasa hadir hadir pada majlis meraikan kemenangan Barisan Nasional yang diadakan oleh Cawangan-cawangan UMNO Dun Batu Rakit. Pada kali ini 2 cawangan iaitu Cawangan Bukit Agu dan R.A.K.R Mengabang Lekor (Baru) telah mengadakan majlis tersebut

Cawangan R.A.K.R Mengabang Lekor (Baru)




Gambar sekitar kehadiran Adun Batu Rakit di  Cawangan R.A.K.R Mengabang Lekor (Baru)

Cawangan Bukit Agu




Gambar- gambar majlis kesyukuran Cawangan Bukit Agu.

Cerita dan Gamabar: Mazlan Mustafa


MAJLIS BBQ MERAIKAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL 

MENGABANG PANJANG- 16/5/2013

Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman  dan Ahli Parlimen Setiu YB Che Mohamad Zulkifli Jusoh serta isteri hadir meraikan Majlis BBQ bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dun dan Parlimen Setiu pada Pilihanraya Umun ke 13 baru-baru ini.
 Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman bersalaman dengan penduduk kampung.

Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifli Jusoh (berbaju putih tengah) sedang memerhatikan remaja sedang  membakar ayam.


Hampir 100 orang penduduk telah keluar beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut.Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam telah berakhir pada jam 11.30 malam.


GONG LINGAI- Kehadiran Adun Batu Rakit Haji Bazlan Abd Rahman dan Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifli Jusoh serta isteri telah memeriahkan Majlis BBQ anjuran JKKK Kampung Gong Lingai.
Haji Bazlan Abd Rahman bersalaman dengan para penduduk.

Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifli Jusoh bersalamandengan para pemuda

Dari kiri ke kanan: Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman,Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim,Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Wan Sulaiman Wan Muda,Pengerusi JKKK Gong Lingai Muhamad Mat Ali,Ahli Parlimen Setiu Che Mohamad Zulkifli Jusoh.

Program yang dihadiri lebih 150 orang ini turut juga diraikan oleh Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka Encik Khairul Anuar Hasyim dan juga Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu Wan Suliman Wan Muda.

Cerita dan Gambar: Mazlan Mustafa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman